Khamis, 1 April 2010

Demam Denggi Lagi!

Cerita demam denggi muncul lagi,

Terbaru Din Beramboi pula jadi mangsa.Pelawak dan pelakon terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi dirawat disyaki akibat demam denggi berdarah, bukannya akibat jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, berkata ujian darah yang dijalankan Hospital Selayang mendapati beliau mendapat demam denggi berdarah dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Kisah demam denggi sudah kerap dikeluarkan dan aku nak ulang tayang sekali lagi sebagai ingatan untuk semua pasal ramai yg buat tak kisah je,ate...?

APA ITU PENYAKIT DENGGI?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.


NYAMUK aedes kini mempunyai sistem imuniti terhadap racun serangga.

Perkara itu didedahkan pakar serangga Universiti Malaya (UM) Prof. Dr. Mohd. Sofian Azirun. Beliau merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.

Kajian tersebut mendapati daripada 100 nyamuk aedes, 50 sudah kebal daripada pelbagai jenis racun serangga.

Jelasnya lagi, amalan pengasapan yang dilakukan sekarang turut menjadi punca nyamuk kini semakin kebal. Racun itu meresap semasa proses pembiakan nyamuk aedes termasuk racun ‘temphos’.

“Ini kerana semasa proses pembiakan, ia menjadi sebati dengan racun itu dan menghasilkan nyamuk yang tidak alah terhadap racun serangga.

“Serangga ini menghasilkan enzim esterase yang menjadikan dirinya lebih kuat dan kalis racun. Proses ini dinamakan rantai silang,” katanya.

Ujar Mohd. Sofian, nyamuk aedes juga mudah menyesuaikan diri dengan situasi semasa kerana telur serangga itu mampu hidup tanpa air selama seminggu. Malah dengan setitik cecair sahaja sudah cukup untuknya membiak.

Lebih mengejutkan apabila proses pengawanan cuma berlaku sehari dalam rangkaian hidup haiwan itu. Nyamuk betina bahkan kini boleh membiak tanpa kehadiran nyamuk jantan atau dirujuk sebagai ‘aseks’.

“Ini kerana bahagian spermatika pada badan nyamuk aedes betina mampu menampung lebih 100 sperma jantan untuk disenyawakan,” jelasnya lagi.

Merujuk kepada virus demam denggi, Mohd. Sofian berkata, tiada vaksin yang boleh menyembuhkannya kerana struktur virus itu mampu berubah dari semasa ke semasa.

“Sama seperti ubat untuk melawan virus demam malaria, kita dikatakan menemuinya, namun virus itu berubah struktur sel,” katanya. Setakat ini kes demam denggi mengorbankan 2.5 bilion nyawa di serata dunia.

Sedikit nasihat untuk anda..

Dapatkan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda seperti berikut:

- Demam yg mengejut
- Sakit kepala
- sakit pada rongga mata
- Sakit pada sendi-sendi otot
- Bintik-bintik merah di badan

*Pastikan tiada pembiakan jentik-jentik aedes di kawasan rumah/premis anda/takungan air jernih.

*cuci dan sentalkan kolah mandi seminggu sekali

*Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.

*Musnahkan bekas-bekas yang boleh menakung air.

JIKA TERDAPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES/JENTIK-JENTIK AEDES ANDA BOLEH DIDENDA/KOMPAUN RM 300 MANAKALA PREMIS PERNIGAAN RM 500.

0 ulasan: