Khamis, 1 April 2010

Oblong Burger...


Oblong burger..korang tau tak ape benda tu?korang mungkin dah tau..
tp aku baru je tau,kesian kat aku...

ni sri sedang masak oblong untuk kami

Mlm ni kwn aku si norzil blanja aku mkn oblong kat gerai Sri Burger kat tmn perumahan aku ni..tmn peruda namanye,selepas kami bersembang mengenainye d facebook bersama sorang lg kwn nama ziana.Oblong adalah salah satu dari spesis burger,tp tak semua gerai burger ada jual oblong tu pasai la aku tak tau...selalu ada burger ngan benjo je...setelah menikmati oblong buat pertama kalinye,aku merumuskan bahawa oblong memang sejenis makanan yg sedap,lebih sedap dari burger.

ni la oblong tp yg ni blom d cantum lg

Dari segi rekabentuknye pula,oblong ni panjang mcm prosperity burger yg jual kat McDonald tu,kalau burger bulat je kan..tp sebelum ni norzil kata rupanye mcm cucur badak!

Thanks 2 norzil n ziana yg memperkenalkan oblong ni kat aku,kalau tak ntah bila la aku nk tau..
Oblong di Sri Burger ni memang sedap..Lepas ni giliran ziana plak blanja...RM3.80 je satu..

Sri Burger Tmn Peruda

Sebenarnye ni la mlm pertama Sri Burger Tmn Peruda Menjual oblong,sebelum ni tak ada.Dan perkara yg paling aku suka tentang Sri Burger adalah kebersihan,gerai ni mmg bersih,selesa la ckit...


Tamat.

Demam Denggi Lagi!

Cerita demam denggi muncul lagi,

Terbaru Din Beramboi pula jadi mangsa.Pelawak dan pelakon terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi dirawat disyaki akibat demam denggi berdarah, bukannya akibat jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, berkata ujian darah yang dijalankan Hospital Selayang mendapati beliau mendapat demam denggi berdarah dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Kisah demam denggi sudah kerap dikeluarkan dan aku nak ulang tayang sekali lagi sebagai ingatan untuk semua pasal ramai yg buat tak kisah je,ate...?

APA ITU PENYAKIT DENGGI?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.


NYAMUK aedes kini mempunyai sistem imuniti terhadap racun serangga.

Perkara itu didedahkan pakar serangga Universiti Malaya (UM) Prof. Dr. Mohd. Sofian Azirun. Beliau merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.

Kajian tersebut mendapati daripada 100 nyamuk aedes, 50 sudah kebal daripada pelbagai jenis racun serangga.

Jelasnya lagi, amalan pengasapan yang dilakukan sekarang turut menjadi punca nyamuk kini semakin kebal. Racun itu meresap semasa proses pembiakan nyamuk aedes termasuk racun ‘temphos’.

“Ini kerana semasa proses pembiakan, ia menjadi sebati dengan racun itu dan menghasilkan nyamuk yang tidak alah terhadap racun serangga.

“Serangga ini menghasilkan enzim esterase yang menjadikan dirinya lebih kuat dan kalis racun. Proses ini dinamakan rantai silang,” katanya.

Ujar Mohd. Sofian, nyamuk aedes juga mudah menyesuaikan diri dengan situasi semasa kerana telur serangga itu mampu hidup tanpa air selama seminggu. Malah dengan setitik cecair sahaja sudah cukup untuknya membiak.

Lebih mengejutkan apabila proses pengawanan cuma berlaku sehari dalam rangkaian hidup haiwan itu. Nyamuk betina bahkan kini boleh membiak tanpa kehadiran nyamuk jantan atau dirujuk sebagai ‘aseks’.

“Ini kerana bahagian spermatika pada badan nyamuk aedes betina mampu menampung lebih 100 sperma jantan untuk disenyawakan,” jelasnya lagi.

Merujuk kepada virus demam denggi, Mohd. Sofian berkata, tiada vaksin yang boleh menyembuhkannya kerana struktur virus itu mampu berubah dari semasa ke semasa.

“Sama seperti ubat untuk melawan virus demam malaria, kita dikatakan menemuinya, namun virus itu berubah struktur sel,” katanya. Setakat ini kes demam denggi mengorbankan 2.5 bilion nyawa di serata dunia.

Sedikit nasihat untuk anda..

Dapatkan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda seperti berikut:

- Demam yg mengejut
- Sakit kepala
- sakit pada rongga mata
- Sakit pada sendi-sendi otot
- Bintik-bintik merah di badan

*Pastikan tiada pembiakan jentik-jentik aedes di kawasan rumah/premis anda/takungan air jernih.

*cuci dan sentalkan kolah mandi seminggu sekali

*Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.

*Musnahkan bekas-bekas yang boleh menakung air.

JIKA TERDAPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES/JENTIK-JENTIK AEDES ANDA BOLEH DIDENDA/KOMPAUN RM 300 MANAKALA PREMIS PERNIGAAN RM 500.

Selasa, 30 Mac 2010

Rindu..


30.3.2010 ulang tahun kelahiran arwah anakku nur johana yg ke 11..jika dia masih ada,dia telah berusia 11 tahun kini..namun,telah 7 tahun dia pergi meninggalkan kami.

Dikesan menghidap sejenis kanser pada usia 3 tahun 7 bulan...dirawat di unit pediatrik HUKM cheras..sehingga dia kembali ke rahmatullah pada 27.8.2003 pada usia 4 tahun 5 bulan...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Alfatihah....

Selasa, 29 Disember 2009









Nur Johanina...