Selasa, 29 Disember 2009









Nur Johanina...

Sabtu, 12 Disember 2009

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF



Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami / isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak / adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat , kerana itu bermakna kita cukup makan .

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .

7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci / digosok kerana itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan / kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALLY ........ for reading this personal and meaningful post because it means you have friends who are thinking of you.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

Sabtu, 5 Disember 2009

Dakwah Rasulullah ke Taif

SELEPAS penduduk Mekah menentang Rasulullah, baginda mula risau terhadap keselamatan para pengikutnya. Baginda berusaha mencari tempat baru di luar kota Mekah.

Selepas berbincang, baginda pun memilih Taif yang terletak kira-kira 135 kilometer (km) ke arah Tenggara Mekah.

Baginda berharap para pembesar daripada Bani Thaqif akan menerima baginda dengan baik. Bani Thaqif mempunyai hubungan dengan Bani Hashim, iaitu keturunan baginda. Baginda bertolak ke Taif dengan pembantunya, Zaid bin Harithah. Perjalanan itu mengambil masa selama 10 hari.

Apabila sampai di Taif, mereka sangat kagum dengan keindahan daerah itu. Tanaman hidup subur dan binatang ternakan sangat sihat.

Rasulullah dan Zaid pergi menemui para pembesar daerah itu. Apabila baginda memberitahu niat baginda datang ke Taif, para pembesar segera menghalau mereka.

"Pergi kau dari sini. Kami tidak menyediakan tempat untuk orang seperti kau," halau para pembesar. Baginda juga dihina dan dicerca.

Rasulullah menerima cacian tersebut dengan tenang. Baginda tidak menaruh dendam kepada mereka. Para pembesar telah melakukan bermacam-macam perkara untuk menentang Rasullullah daripada berdakwah. Baginda tidak menghiraukan ugutan mereka. Baginda terus menyeru penduduk Taif agar memeluk agama Islam.

Apabila gagal mengusir Rasulullah, mereka menyuruh semua penduduk Taif mengejek dan menghina baginda. Ramai penduduk Taif akur. Apabila Rasulullah dan Zaid lalu di hadapan mereka, mereka akan mengejek baginda.

Namun baginda hanya tersenyum. Ada juga yang kagum dengan kesabaran baginda. Namun bilangan mereka itu kecil sahaja. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Penduduk Taif mencapai kayu dan batu lalu membaling ke arah Rasulullah dan Zaid. "Berlindunglah di belakang saya, Rasulullah," kata Zaid.

Zaid melindungi Rasulullah. Apabila ada kayu atau batu dibaling ke arah mereka, Zaid akan segera menepis.

Beliau mengalami luka parah akibat terkena batu dan kayu yang dibaling itu. Zaid tidak menghiraukan kesakitannya. Kasih sayangnya terhadap Rasulullah melebihi segala-galanya. Rasulullah hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Rasulullah dan Zaid berjalan keluar dari Kota Taif dalam keadaan cedera dan keletihan. Baginda kesal dengan sikap penduduk Taif. Selama sepuluh hari baginda berdakwah dan mengajak mereka menyembah Allah, mereka masih enggan.

"Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku mengaku penghinaan manusia terhadapku," doa baginda sewaktu dalam perjalanan.

Malaikat Jibrail mendengar doa itu. Lalu meminta kebenaran untuk menurunkan bala ke atas penduduk Taif. Baginda tidak membenarkannya.

Baginda berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat dan hidayah kepada orang-orang yang telah menghina dan mencaci baginda.

Begitulah mulianya hati Nabi Muhammad SAW. Walaupun dihina, dikeji, malah dicederakan, baginda tetap mendoakan agar orang yang menganiayai baginda memperoleh kebaikan.

Selasa, 1 Disember 2009

Lelaki Ego Kalah Akhirnya.

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang
mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling
menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada
isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil
menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal
yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas
bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita
bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan
hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan
tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana
ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang
terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan,
mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia
lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka
surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia
sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai
mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..."
jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan
berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan
senaraimu".


Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun
di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak
ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan
baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang
..."


Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang
perlu diperbaiki... wallahualam "Hakikatnya orang-orang yang menyayangi
diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah
pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... insyaAllah. - buaya Merah.